Wednesday, April 1, 2009

April Fool

Pada 1 April 2009, teringin ku membuat sesuatu untuk merakamkan saat saat terindah pada hari ini.

4 bulan telah pun lalu sejak ku melangkah kakiku buat pertama kalinya di Taylors. Ku telah pun merana selama 4 bulan dengan kehidupan kolej. Dulu di sekolah, teringin-ingin sangatnya ku hendak melangkah keluar untuk ke kolej. tetapi sekarang, hanya memori terindah sekolah terletak dalam minda. Setiap hari di kolej bagaikan satu seksaan. :) dengan kerja dan kerja khusus yang berlambak-lambak, hidupku bagaikan tiada makna tiada warna selain kerja.

walau bagaimanapun, seseksa mana, ku tahu ku kena melalui semua ini dan mendapatkan skor yang aku ingini. Tanpa skor TER aku, ke manalah masa depan saya?

Kelas dan kawan-kawanku kini menjadi macam satu drama Hong Kong. :) setiap hari, satu episod baru. ahha. Itulah kehidupan namanya.

bencinya ku terhadap MALAYSIAN STUDIES. Ujian Jumaat ini, satu keping not pun belum lagi ku sentuh. Bagaimanakah ku hendak lulus? Konon-kononya ku hendak belajar masa lapang tetapi.........Zheng Yi mesti datang pada masa itu dan ahha habis semua kehendak ku untuk belajar tetapi kehendak untuk keluarrr merabak.

Isnin, ku ada penyampaian Legal....ohhhhh macam mana larrr...takut gila saya, langsung tak tahu tentang topic ku. baik ku berdiri sana dan bercakap kosong. Harap harap ada keajaiban yang datang pada masa itu nanti.

Sekarang ku sedar bahawa BM ku semakin merosot sudah. :( ini satu tanda yang amat buruk. kenalah ku menghadir kelas BM lagi. hehehe.

Anyaways.... hhaaaahha. enough with that stupid BM crap. I'm gettting real bad at it. Took me so long kust to figure out the words! gahhh....

I WANT HOLIDAY! :)

No comments: